Subscribe:

Ads 468x60px

Pages

Ahad, 15 Julai 2012

Ramadhan dah dekat!

Assalamualaikum. Lama sungguh tidak meng'update' blog ini.. alhamdulillah hari ini diberi kelapangan masa untuk menjengah blog ini... baru sebentar tadi siap mengemaskini sedikit berita & aktiviti panitia pendidikan islam sekolah... walau masih bnyk rasanye yg tidak ter'update'..

Hurmmm....diam tak diam dah nak abis bulan Syaaban.. dalam beberapa hari lagi Ramadhan akan menjelang tiba.. bulan yang sangat2 dinanti2kan kerana banyak fadilat dan keberkatannya.. Namun terlintas juga difikiran..adakah ini Ramadhan terakhir kita? wallahu aklam.

Dalam post hari ini ustazah nak kongsikan beberapa persiapan kita untuk menghadapi Bulan Ramadhan :

1) Memperbetulkan aqidah dan keimanan kepada Allah .
2)  Mempersiapkan diri dengan ilmu dan panduan serta kaedah beribadah yang sahih.
3)  Bersedia dengan kemampuan fizikal dan material.
4) Membuat persediaan jadual dan merancang aktiviti sepanjang bulan ramadhan agar dapat menjalankan       ibadah dengan sempurna & selesa.




Khamis, 26 April 2012

Projek Cerita Digital ~ Pendidikan Islam Tingkatan 1KRK1/ 2012

Assalamualaikum... macam menarik jer tajuk post kali ni kan. ( ye ker? ) Apa-apa pun... saya cuma nak berkongsi pengalaman pertama saya mengadakan projek ni untuk anak-anak didik saya di kelas 1KRK1.. terima kasih kepada Pn. Norfadzleen Sa'don ( GC Bahasa Inggeris & juga  idola saya ) atas curahan idea + perkongsian ilmu... entri kali ni sebagai makluman berkaitan projek berkenaan.

Fasa 1 : Taklimat & Briefing Projek telah pun dilaksanakan pada 19 April 2012

Fasa 2 : Membuat Rakaman Video mengikut kumpulan masing-masing ( pelajar diberi tempoh 2 minggu )

Fasa 3 : Membuat suntingan video

Fasa 4 : Pembentangan hasil tugasan kumpulan & penilaian

Fasa 1 : Ustazah menyampaikan penerangan mengenai projek digital kepada pelajar

Pelajar bersedia dengan tugasan yang baru diberi, merancang & membina 'story board' tugasan

Tayangan contoh projek video

Sebelum penerangan projek, pelajar mendapatkan input mengenai topik tugasan :
Adab Terhadap Ibubapa

Pelajar bersemangat dan khusyuk mendengar tugasan dan cabaran baru buat mereka ;-p

Weeeee....! sempat jugak berposing ngan anak2 didik yang manja2 semua ni.. 

Rabu, 21 Mac 2012

Syukur...ALHAMDULILLAH !

.....segala pujian bagi MU ya Allah!!

Hari ini RABU 21 MAC 2012, keputusan SPM 2011 dah diumumkan! ...syukur sangat2 kerana keputusan anak2 didik ku AMAT MEMBANGGAKAN. Tahniah buat kalian semua...terutama pelajar2 5sn1, dan tidak lupa buat 5sn2 dan 5kn.

Berikut sedikit analisa keputusan SPM 2011 bagi mp PENDIDIKAN ISLAM ( 1223 ) :

  • A+ ......(4 orang)
  • A ......(17 orang)
  • A- ......(30 orang)
  • B+ .....(13 orang)
  • B .....(7 orang)
  • C+ ....(8 orang)
  • C ...(2 orang)
  • D ....(1 orang)
  • E ....(2 orang)
PERATUS LULUS : 100%

GRED PURATA MP : 2.61
( meningkat sebanyak 1.82 berbanding spm 2010 )

Ahad, 19 Februari 2012

Akibat tidak menjaga pergaulan antara lelaki & perempuan

Etika Pergaulan dalam Islam

Salam ukhuwah..

Sebagai perkongsian ilmu yang pertama bagi tahun 2012 ini, ustazah ingin berkongsi sedikit catatan berkaitan Etika Dalam Pergaulan Mengikut Pandangan Islam.. bahan ini ustazah sampaikan dalam program BQM pada hari Jumaat lepas.. walaupun banyak masalah teknikal pada hari berkenaan, namun ustazah cuba sampaikan dengan sebaik mungkin. okey...bagi yang tidak kesempatan di sini ustazah muatnaik bahan berkenaan untuk santapan semua. Moga dapat dimanfaatkan sebaiknya. Syukran!!

tazkirah : Etika pergaulan dalam Islam

Ahad, 5 Februari 2012

Setelah sekian lama....

Salam Maulidur Rasul..

Setelah sekian lama ...tidak ada kesempatan untuk menulis diblog sendiri.. akhirnya hari ini 05Febuari2012 ( 12 rabiulawal 1433H)... diizinkan Allah untuk menulis sedikit entri bagi tahun 2012 ..alhamdulillah!

Setelah sekian lama ...sejak dua tahun kebelakangan ini guru2 KKQ tidak dipanggil berkursus..akhirnya semalam 04Febuari2012 sebahagian besar GKQ negeri Johor di panggil untuk berkursus.. ( info berkaitan akan di kemasnini dalam entri akan datang..insyaAllah ! )

Setelah sekian lama ...

Selasa, 19 Oktober 2010


SELAMAT MENEMPUH PEPERIKSAAN

KEPADA SEMUA CALON2 SPM & STPM 2010

SEMOGA MENDAPAT KEJAYAAN CEMERLANG...


" Kejayaan bukan satu destinasi...
tapi ia adalah satu perjalanan...
semakin jauh anda berjalan...
semakin bagus anda akan jadi...
...ianya tiada berpenghujung.."