Memaparkan catatan dengan label tazkirah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tazkirah. Papar semua catatan
Ahad, 19 Februari 2012
Etika Pergaulan dalam Islam
Salam ukhuwah..
Sebagai perkongsian ilmu yang pertama bagi tahun 2012 ini, ustazah ingin berkongsi sedikit catatan berkaitan Etika Dalam Pergaulan Mengikut Pandangan Islam.. bahan ini ustazah sampaikan dalam program BQM pada hari Jumaat lepas.. walaupun banyak masalah teknikal pada hari berkenaan, namun ustazah cuba sampaikan dengan sebaik mungkin. okey...bagi yang tidak kesempatan di sini ustazah muatnaik bahan berkenaan untuk santapan semua. Moga dapat dimanfaatkan sebaiknya. Syukran!!
tazkirah : Etika pergaulan dalam Islam

Labels:
tazkirah
Jumaat, 30 Julai 2010
Kaedah Mendapatkan Khusyuk
al-hamdulillah...hari ini ada kesempatan utk saya membaca antara buku kegemaran saya "FORMULA SOLAT SEMPURNA"...teruja saya untukberkongsi dengan sesiapa yang singgah di blog saya ni..tentang beberapa perkara mengenai KHUSYUK dalam solat.
menjadi kefardhuan kepada semua umat Islam mukallaf untuk menunaikan solat LIMA waktu sehari semalam..dalam menunaikan tuntutan fardhu ain ini adakah kita yakin setiap kalinya kita KHUSYUK ketika menunaikan solat? ....
dikesempatan ini saya nak kongsikan LIMA perkara untuk mencapai khusyuk dalam solat :
dikesempatan ini saya nak kongsikan LIMA perkara untuk mencapai khusyuk dalam solat :
1. al-tafahum
( memahamkan semua bacaan di dalam solat dan menghayati maknanya )
2. al-takzim
( merasakan kebesaran Allah seolah-olah anda berada di hadapan-Nya )
3. al-haybah
( menghadirkan rasa gerun terhadap kekuasaan Allah, dengan demikian rasa hebat terhadap Allah akan dapat dihasilkan )
4. al-rajak
( mengharapkan rahmat Allah dengan sepenuh harapan bahawa ibadat akan diterima )

5. al-haya'
( berasa malu kpd Allah kerana kecuaian dalam mengotakan janji kita terhadap-Nya dan kekurangan kita dalam melakukan ibadat terhadap-Nya )
( berasa malu kpd Allah kerana kecuaian dalam mengotakan janji kita terhadap-Nya dan kekurangan kita dalam melakukan ibadat terhadap-Nya )
sumber : Formula solat sempurna, Ust Zaharudin Abd Rahman
Labels:
tazkirah
Khamis, 29 Julai 2010
20 Amalan Murah Rezeki
Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:
1. Menyempatkan diri beribadah
2. Memperbanyakkan istighfar
3. Tinggalkan perbuatan dosa
4. Sentiasa ingat Allah
5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa
6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
7. Tunaikan hajat orang lain
8. Banyak berselawat
9. Buat kebajikan banyak-banyak
10. Berpagi-pagi
11. Menjalin silaturrahim
12. Melazimi kekal berwuduk
13. Bersedekah
14. Melazimi solat tahajud
15. Melazimi solat dhuha
16. Bersyukur kepada Allah
17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat al-Quran tertentu
18. Berdoa
19. Berikhtiar sehabisnya
20. Bertawakal
Semoga kita tergolong dalam golongan hambaNYA yang diperluaskan pintu rezekiNYA.. Moga dengan limpahan rezeki itu kita menjadi hambaNYA yang semakin bersyukur dengan segala nikmat kurniaanNYA....
( dipetik dari http://badandakwahsmktunjb.blogspot.com/)
Labels:
tazkirah
Rabu, 27 Januari 2010
Kehidupan di dunia ibarat seorang perantau
Salam.
Ingin saya berkongsi dengan semua, tentang isi kandung hadis ini :
Maksud hadis :
"Daripada Abdullah bin Umar r.a. berkata : Rasulullah s.a.w. memegang bahuku seraya bersabda : Jadikanlah diri kamu di atas dunia ini sebagai seorang perantau atau pengembara. Ibnu Umar berkata : Jika kamu berada pada waktu petang janganlah tunggu menjelangnya waktu pagi. Apabila kamu berada pada waktu pagi janganlah tunggu menjelangnya waktu petang. Gunakanlah peluang untuk beramal semasa kamu sihat untuk persediaan ketika kamu sakit dan semasa kamu hidup untuk persediaan matimu". ~riwayat al-Bukhari~
...mudah2an kita semua ambil pengajaran daripada hadis ni..
Labels:
tazkirah