Subscribe:

Pages

Jumaat, 30 Julai 2010

Kaedah Mendapatkan Khusyuk

al-hamdulillah...hari ini ada kesempatan utk saya membaca antara buku kegemaran saya "FORMULA SOLAT SEMPURNA"...teruja saya untukberkongsi dengan sesiapa yang singgah di blog saya ni..tentang beberapa perkara mengenai KHUSYUK dalam solat.

menjadi kefardhuan kepada semua umat Islam mukallaf untuk menunaikan solat LIMA waktu sehari semalam..dalam menunaikan tuntutan fardhu ain ini adakah kita yakin setiap kalinya kita KHUSYUK ketika menunaikan solat? ....

dikesempatan ini saya nak kongsikan LIMA perkara untuk mencapai khusyuk dalam solat :

1. al-tafahum
( memahamkan semua bacaan di dalam solat dan menghayati maknanya )

2. al-takzim
( merasakan kebesaran Allah seolah-olah anda berada di hadapan-Nya )

3. al-haybah
( menghadirkan rasa gerun terhadap kekuasaan Allah, dengan demikian rasa hebat terhadap Allah akan dapat dihasilkan )

4. al-rajak
( mengharapkan rahmat Allah dengan sepenuh harapan bahawa ibadat akan diterima )

5. al-haya'
( berasa malu kpd Allah kerana kecuaian dalam mengotakan janji kita terhadap-Nya dan kekurangan kita dalam melakukan ibadat terhadap-Nya )


sumber : Formula solat sempurna, Ust Zaharudin Abd Rahman

Khamis, 29 Julai 2010

20 Amalan Murah Rezeki

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:

1. Menyempatkan diri beribadah

2. Memperbanyakkan istighfar

3. Tinggalkan perbuatan dosa

4. Sentiasa ingat Allah

5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah

7. Tunaikan hajat orang lain

8. Banyak berselawat

9. Buat kebajikan banyak-banyak

10. Berpagi-pagi

11. Menjalin silaturrahim

12. Melazimi kekal berwuduk

13. Bersedekah

14. Melazimi solat tahajud

15. Melazimi solat dhuha

16. Bersyukur kepada Allah

17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat al-Quran tertentu

18. Berdoa

19. Berikhtiar sehabisnya

20. Bertawakal

Semoga kita tergolong dalam golongan hambaNYA yang diperluaskan pintu rezekiNYA.. Moga dengan limpahan rezeki itu kita menjadi hambaNYA yang semakin bersyukur dengan segala nikmat kurniaanNYA....

( dipetik dari http://badandakwahsmktunjb.blogspot.com/)

Khamis, 1 Julai 2010

..kenangan Keindahan Bersamamu..KAA



27 Jun 2010 ( Ahad ) ...Sesi Menyemai Kasih Menuai Sayang


Sesi Knowing You..Knowing Me



26 Jun 2010 ( Sabtu)..kami bertolak dengan menaiki bas dari SMK Tasek Utara menuju ke SMK Taman Universiti, Johor Bahru.