Subscribe:

Pages

Ahad, 15 Julai 2012

Ramadhan dah dekat!

Assalamualaikum. Lama sungguh tidak meng'update' blog ini.. alhamdulillah hari ini diberi kelapangan masa untuk menjengah blog ini... baru sebentar tadi siap mengemaskini sedikit berita & aktiviti panitia pendidikan islam sekolah... walau masih bnyk rasanye yg tidak ter'update'..

Hurmmm....diam tak diam dah nak abis bulan Syaaban.. dalam beberapa hari lagi Ramadhan akan menjelang tiba.. bulan yang sangat2 dinanti2kan kerana banyak fadilat dan keberkatannya.. Namun terlintas juga difikiran..adakah ini Ramadhan terakhir kita? wallahu aklam.

Dalam post hari ini ustazah nak kongsikan beberapa persiapan kita untuk menghadapi Bulan Ramadhan :

1) Memperbetulkan aqidah dan keimanan kepada Allah .
2)  Mempersiapkan diri dengan ilmu dan panduan serta kaedah beribadah yang sahih.
3)  Bersedia dengan kemampuan fizikal dan material.
4) Membuat persediaan jadual dan merancang aktiviti sepanjang bulan ramadhan agar dapat menjalankan       ibadah dengan sempurna & selesa.