Subscribe:

Pages

Sabtu, 7 November 2009

Senibong oh senibong...






Salam.

Nak saya berkongsi dengan semua kat sini...

Sabtu lepas (31 okt 2009) saya bersama 4 orang pelajar PUTERI ISLAM..menyertai Program Khidmat Masyarakat anjuran PPI Daerah JB.

Apa yang nak saya coretkan di sini ialah...hari tersebut merupakan hari paling "bersejarah" dan menjadi kenangan manis antara saya dengan anak2 didik saya (3krk3)..nak tau kenapa? hehe..kami terkandas dalam traffic jam...berjam2 kat highway pasir gudang...huh...lenguh jugak kaki nak tekan brek n minyak, nasib pakai kete auto..bayangkan..dari kul 7.30...sampai2 kat sana dah kul 9.30 pagi..patutnya xsampai setengah jam je sampai la kat senibong tuh..

mmm...dalam pada tu, lagi menguji kesabaran kami...ada satu kete lagi yg konvoi nak g senibong...gara2 jem ni kami kene tunggu dekat sejam utk jupe balik ngan diorang...ahaks. sambil2 tunggu, apa lagi...tak tau nak buat apa, bdk2 yg ikut saya ni...ber'posing' habis2an..hehe. kelakar jugak la..sbb saya pun ikut sama ber'posing' ngan diorang...SUNGGUH MANIS kenangan bersama mereka..
...akan saya ingat kenangan ini sampai bila2 pun..

dan, saya nak kongsikan antara kenangan2 manis itu..

wassalam



Terkini dari ustazah...

Salam untuk semua.

Saya nak maklumkan untuk semua anak2 didik saya...atau sesape yang mengikuti blog ni..
Saya juga telah membangunkan satu lagi BLOG untuk PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SMKTU..
Jagi, jangan segan silu untuk singgah juga di blog :

" pitasekutara.blogspot.com"

moga dapat dimanfaatkan untuk semua..

wassalam

Jumaat, 30 Oktober 2009

Bengkel Teknik Menjawab Tasawwur Islam SPM'09



TARIKH :
21 OGOS 2009

TEMPAT :
MAKMAL ICT 2, SMK TASEK UTARA, JB

SASARAN :
74 ORANG CALON SPM YANG MENGAMBIL MP TASAWWUR ISLAM

FASILITATOR ( PENCERAMAH ):
PUAN FADZILAH BINTI SAWANI @ SAULI


Isnin, 5 Oktober 2009

Musim Peperiksaan dah tiba!!


Salam.Dah agak lama xmenulis kat blog ni. Kebetulan ada masa ni, saya nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI (...rasanyer lum terlambat lg)

Pejam celik pejam celik, dah pun bulan OKtober. Cepatnyer masa berlalu..dua hari lg PMR dah mula exam..macam mane la anak2 didik saya...harap2 diorang semua boleh menjawab dengan tenang..

Pendidikan Islam petang Rabu 7hb Oktober ni..bedebar lak rasanye..bila mengenangkan anak2 didik saya nak peksa..

Ya Allah!! terangkanlah hati2 mereka..mudah2an mereka boleh menjawab soalan nanti dengan senang..dan x buat apa2 kecuaian. AMIN!




Jumaat, 11 September 2009

Kebanggaan SMKTU





Salam.

...masa belek2 gambar kat "My Document" dalam pc...saya terserempak ngan gambar-gambar ni...jd, apa salah nyer saya kongsi2 kan dengan rakan2 semua..

untuk pengetahuan, ni gamabar2 peserta ( dan juga pemenang ) MTQ Daerah JB...atau dengan kata lain, wakil2 peserta dari SMKTU...pada tahun 2006

Khamis, 10 September 2009

Ramadhan al-Mubarakah

...salam ramadhan

lama betul x berkesempatan nak tulis kat blog ni.
baru sekejap td sibuk saya mempromosikan blog ni pd anak2 didik...hihi....padahal lum kesempatan nak explore betul2 bidang penulisan ni.

bila dikenang-kenang...teringat pada satu hadis Rasulullah s.a.w. :

"Rebutlah lima masa sebelum tibanya lima masa, masa mudamu sebelum tua, masa sihatmu sebelum sakit, masa kaya mu sebelum fakir, masa lapangmu sebelum sibuk dan masa hidupmu sebelum mati". (Maksud Hadis)

maka fikir-fikirkanlah & renung-renungkanlah....

wallahualam

Khamis, 3 September 2009

Ramadhan di Hati

Salam. Dah banyak hari x berkesempatan nak menulis...hmmm...arini dahpun 13 Ramadhan..terlintas dihati, adakah puasaku kali ni diterima...mudah2an.

Puasa.
Apa makna puasa bagi kita sebenarnya. Adakah sekadar tidak makan pada siang harinya..atau hanya sekadar menjamu selera dengan menu penuh satu meja...

Pada fikiran saya.
Ramadhan, penuh dengan keberkatan...bayangkan setiap perbuatan baik ( amal ibadat ) kita ganjaran pahalanya berlipat kali ganda berbanding pada bulan2 yg lain...fuhhh...mana nak dapat 'bonus' pahala sebegini ..melainkan pada bulan al-mubarakah ini sahaja..

Amma ba'd,
jom kita rebut peluang yang terbentang depan mata ni...selagi hayat dikandung badan...selagi jasad masih lg bernafas...tingkatkan lg ibadat dan amalan kita..rebut semua ganjaran pahala yang Allah kurniakan kepada kita..

wallahua'lam.