Subscribe:

Pages

Jumaat, 11 September 2009

Kebanggaan SMKTU





Salam.

...masa belek2 gambar kat "My Document" dalam pc...saya terserempak ngan gambar-gambar ni...jd, apa salah nyer saya kongsi2 kan dengan rakan2 semua..

untuk pengetahuan, ni gamabar2 peserta ( dan juga pemenang ) MTQ Daerah JB...atau dengan kata lain, wakil2 peserta dari SMKTU...pada tahun 2006

Khamis, 10 September 2009

Ramadhan al-Mubarakah

...salam ramadhan

lama betul x berkesempatan nak tulis kat blog ni.
baru sekejap td sibuk saya mempromosikan blog ni pd anak2 didik...hihi....padahal lum kesempatan nak explore betul2 bidang penulisan ni.

bila dikenang-kenang...teringat pada satu hadis Rasulullah s.a.w. :

"Rebutlah lima masa sebelum tibanya lima masa, masa mudamu sebelum tua, masa sihatmu sebelum sakit, masa kaya mu sebelum fakir, masa lapangmu sebelum sibuk dan masa hidupmu sebelum mati". (Maksud Hadis)

maka fikir-fikirkanlah & renung-renungkanlah....

wallahualam

Khamis, 3 September 2009

Ramadhan di Hati

Salam. Dah banyak hari x berkesempatan nak menulis...hmmm...arini dahpun 13 Ramadhan..terlintas dihati, adakah puasaku kali ni diterima...mudah2an.

Puasa.
Apa makna puasa bagi kita sebenarnya. Adakah sekadar tidak makan pada siang harinya..atau hanya sekadar menjamu selera dengan menu penuh satu meja...

Pada fikiran saya.
Ramadhan, penuh dengan keberkatan...bayangkan setiap perbuatan baik ( amal ibadat ) kita ganjaran pahalanya berlipat kali ganda berbanding pada bulan2 yg lain...fuhhh...mana nak dapat 'bonus' pahala sebegini ..melainkan pada bulan al-mubarakah ini sahaja..

Amma ba'd,
jom kita rebut peluang yang terbentang depan mata ni...selagi hayat dikandung badan...selagi jasad masih lg bernafas...tingkatkan lg ibadat dan amalan kita..rebut semua ganjaran pahala yang Allah kurniakan kepada kita..

wallahua'lam.



Jumaat, 21 Ogos 2009

AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN

Esok, 1 Ramadhan 1430H bersamaan 22 Ogos 2009..SELAMAT BERPUASA untuk semua anak2 didik saya dan juga rakan2 warga pendidik...terutama yang berada di SMK Tasek Utara, JB.

Dan, esok juga bermula cuti sekolah....pertengahan penggal II bagi tahun 2009 ni...SELAMAT BERCUTI untuk semua.

Malam ni, sama-sama kita melaksanakan solat sunat Terawih...yang kita tak kan jumpe kecuali setahun sekali sahaja..itu pun kalau dipanjangkan umur, baru dapat jupe tahun depan lak. Yang saya nak nukilkan, kelebihan dan fadhilat solat terawih

Malam pertama :
Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah Taala...

Malam ke-2 :
Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya ( sekiranya mereka orang beriman)

Malam ke-3 :
Berseru malaikat di bawah A'rasy supaya meneruskan sembahyang terawih terus-menerus, semoga Allah mengampunkan dosa

Malam ke-4 :
memperolehi pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan al-Quran

Malam ke-5 :
Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang yang bersembahyang di Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa

....ok untuk hari ni, saya catatkan dulu malam 1 hingga malam ke-5. Ada kelapangan nanti saya akan sambung lagi. Wallahu a'lam.

Khamis, 13 Ogos 2009

CATATAN HARI INI

Hari ni, 13 Ogos 2009, alhamdulillah ada kesempatan untuk membuat sedikit pengisian pada blog ni. Kalu ada kesempatan nak banyakkan lagi info dalam blog ni.. terutama kepada anak didik KKQ di SMK Tasek Utara, JB.

Ahad, 9 Ogos 2009

SALAM MUHIBBAH

Nama sebenar saya FADZILAH BT SAWANI @ SAULI, dilahirkan di Tanah Merah, Kelantan 33 tahun yang lalu. Pernah bersekolah di SK Kutan, SMU(A) Maahad Muhammadi Pasir Pekan dan Maahad Muhammadi Lil Banat Kota Bharu. Selepas itu menyambung pelajaran di UKM Bangi, dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda (kepujian) Pengajian Islam pada tahun 1999. Dua tahun kemudian berjaya menamatkan Diploma Pendidikan di MPI Bangi dalam bidang Pengajian Qiraat dan Taranum. Pada tahun 2003, dengan sah menjadi PENDIDIK di SMK Taman Megah Ria, JB. Enam bulan kemudian berpindah ke SMK Tasek Utara, JB dan menabur bakti disitu hingga kini..