Subscribe:

Pages

Khamis, 26 April 2012

Projek Cerita Digital ~ Pendidikan Islam Tingkatan 1KRK1/ 2012

Assalamualaikum... macam menarik jer tajuk post kali ni kan. ( ye ker? ) Apa-apa pun... saya cuma nak berkongsi pengalaman pertama saya mengadakan projek ni untuk anak-anak didik saya di kelas 1KRK1.. terima kasih kepada Pn. Norfadzleen Sa'don ( GC Bahasa Inggeris & juga  idola saya ) atas curahan idea + perkongsian ilmu... entri kali ni sebagai makluman berkaitan projek berkenaan.

Fasa 1 : Taklimat & Briefing Projek telah pun dilaksanakan pada 19 April 2012

Fasa 2 : Membuat Rakaman Video mengikut kumpulan masing-masing ( pelajar diberi tempoh 2 minggu )

Fasa 3 : Membuat suntingan video

Fasa 4 : Pembentangan hasil tugasan kumpulan & penilaian

Fasa 1 : Ustazah menyampaikan penerangan mengenai projek digital kepada pelajar

Pelajar bersedia dengan tugasan yang baru diberi, merancang & membina 'story board' tugasan

Tayangan contoh projek video

Sebelum penerangan projek, pelajar mendapatkan input mengenai topik tugasan :
Adab Terhadap Ibubapa

Pelajar bersemangat dan khusyuk mendengar tugasan dan cabaran baru buat mereka ;-p

Weeeee....! sempat jugak berposing ngan anak2 didik yang manja2 semua ni..