Subscribe:

Pages

Khamis, 10 Disember 2009

Exam SPM 2009 dah berakhir...

Akhirnya...dah berakhir sudah perjuangan SPM 2009...hari ni paper Tasawwur Islam..Kertas 1 dan Kertas 2. Hmmm....alhamdulillah. topik2 yang difokuskan keluar.. harap2 diorang seme dapat capai markah yg cemerlang..dan tentunya lah menjadi harapan saya untuk mellihat mereka semua berjaya dengan keputusan yang membanggakan!!

....Minggu ni dua kali sempat buat kelas intensif bersama calon2 yang amik Tasawwur Islam..mudah2an penat lelah diorang datang kelas berbaloi...dan rasanye memang berbaloi-baloi.. bagi yang tidak berkesempatan datang...cikgu harap dan yakin mereka berusaha sungguh2 kat umah.

...walau apapun, lepas ni...kene tawakkal kepada Allah banyak2. pastu jangan lupa DOA dan SOLAT HAJAT...mudah2an dapat keputusan cemerlang !! AMIN

Selasa, 24 November 2009

Klik! Klik!







Jumaat, 20 November 2009

Cuti Sekolah vs Pakej Percutian

Hari ni dah start cuti sekolah akhir tahun..walau cuti, anak2 didik tetap x dilupakan cikgu2...untuk membekalkan "PAKEJ PERCUTIAN"...

Jangan salah anggap, "PAKEJ PERCUTIAN" tu bukannya nak bebankan pelajar2..tp nak didik mereka semua, cuti sekolah BUKAN bermakna mereka boleh lupakan BUKU..

Jangan salahkan cikgu, jangan mengeluh...anggap itu semua prose pembelajaran waktu cuti sekolah..

Walau apapun, SELAMAT BERCUTI!!!

Rabu, 18 November 2009

Harap Maaf

Salam

Harap maaf. Atas sebab-sebab teknikal, saya tukar template baru blog saya ni.
Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar selepas ini.
Terima kasih kerana masih sudi mengikuti perkembangan blog saya.
Syukran!

Rabu, 11 November 2009

Kursus Pemantapan p&p KKQ

Ustazah Noraini & Ustazah NoorHidayah (SMK Sultan Ismail)

Ustazah Suhaila (Batu Pahat) & Ustazah Khazian (Kulai)

Ustaz Hj Ismail bin Rosli
( Taklimat p & p Qiraat, Tajwid dan Hafazan )

Ustazah Fadzilah & Ustazah Mia Susilawati ( SMK Permas Jaya)

Ustaz Shakur
( Taklimat p&p Taranum)

Aktiviti : KURSUS PEMANTAPAN P&P KKQ NEGERI JOHOR

Anjuran : JPN Johor

Tarikh : 9 - 11 November 2009

Tempat : Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor

Penyertaan : Semua guru KKQ Negeri Johor

Sabtu, 7 November 2009

Senibong oh senibong...






Salam.

Nak saya berkongsi dengan semua kat sini...

Sabtu lepas (31 okt 2009) saya bersama 4 orang pelajar PUTERI ISLAM..menyertai Program Khidmat Masyarakat anjuran PPI Daerah JB.

Apa yang nak saya coretkan di sini ialah...hari tersebut merupakan hari paling "bersejarah" dan menjadi kenangan manis antara saya dengan anak2 didik saya (3krk3)..nak tau kenapa? hehe..kami terkandas dalam traffic jam...berjam2 kat highway pasir gudang...huh...lenguh jugak kaki nak tekan brek n minyak, nasib pakai kete auto..bayangkan..dari kul 7.30...sampai2 kat sana dah kul 9.30 pagi..patutnya xsampai setengah jam je sampai la kat senibong tuh..

mmm...dalam pada tu, lagi menguji kesabaran kami...ada satu kete lagi yg konvoi nak g senibong...gara2 jem ni kami kene tunggu dekat sejam utk jupe balik ngan diorang...ahaks. sambil2 tunggu, apa lagi...tak tau nak buat apa, bdk2 yg ikut saya ni...ber'posing' habis2an..hehe. kelakar jugak la..sbb saya pun ikut sama ber'posing' ngan diorang...SUNGGUH MANIS kenangan bersama mereka..
...akan saya ingat kenangan ini sampai bila2 pun..

dan, saya nak kongsikan antara kenangan2 manis itu..

wassalam



Terkini dari ustazah...

Salam untuk semua.

Saya nak maklumkan untuk semua anak2 didik saya...atau sesape yang mengikuti blog ni..
Saya juga telah membangunkan satu lagi BLOG untuk PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SMKTU..
Jagi, jangan segan silu untuk singgah juga di blog :

" pitasekutara.blogspot.com"

moga dapat dimanfaatkan untuk semua..

wassalam

Jumaat, 30 Oktober 2009

Bengkel Teknik Menjawab Tasawwur Islam SPM'09



TARIKH :
21 OGOS 2009

TEMPAT :
MAKMAL ICT 2, SMK TASEK UTARA, JB

SASARAN :
74 ORANG CALON SPM YANG MENGAMBIL MP TASAWWUR ISLAM

FASILITATOR ( PENCERAMAH ):
PUAN FADZILAH BINTI SAWANI @ SAULI


Isnin, 5 Oktober 2009

Musim Peperiksaan dah tiba!!


Salam.Dah agak lama xmenulis kat blog ni. Kebetulan ada masa ni, saya nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI (...rasanyer lum terlambat lg)

Pejam celik pejam celik, dah pun bulan OKtober. Cepatnyer masa berlalu..dua hari lg PMR dah mula exam..macam mane la anak2 didik saya...harap2 diorang semua boleh menjawab dengan tenang..

Pendidikan Islam petang Rabu 7hb Oktober ni..bedebar lak rasanye..bila mengenangkan anak2 didik saya nak peksa..

Ya Allah!! terangkanlah hati2 mereka..mudah2an mereka boleh menjawab soalan nanti dengan senang..dan x buat apa2 kecuaian. AMIN!




Jumaat, 11 September 2009

Kebanggaan SMKTU





Salam.

...masa belek2 gambar kat "My Document" dalam pc...saya terserempak ngan gambar-gambar ni...jd, apa salah nyer saya kongsi2 kan dengan rakan2 semua..

untuk pengetahuan, ni gamabar2 peserta ( dan juga pemenang ) MTQ Daerah JB...atau dengan kata lain, wakil2 peserta dari SMKTU...pada tahun 2006

Khamis, 10 September 2009

Ramadhan al-Mubarakah

...salam ramadhan

lama betul x berkesempatan nak tulis kat blog ni.
baru sekejap td sibuk saya mempromosikan blog ni pd anak2 didik...hihi....padahal lum kesempatan nak explore betul2 bidang penulisan ni.

bila dikenang-kenang...teringat pada satu hadis Rasulullah s.a.w. :

"Rebutlah lima masa sebelum tibanya lima masa, masa mudamu sebelum tua, masa sihatmu sebelum sakit, masa kaya mu sebelum fakir, masa lapangmu sebelum sibuk dan masa hidupmu sebelum mati". (Maksud Hadis)

maka fikir-fikirkanlah & renung-renungkanlah....

wallahualam

Khamis, 3 September 2009

Ramadhan di Hati

Salam. Dah banyak hari x berkesempatan nak menulis...hmmm...arini dahpun 13 Ramadhan..terlintas dihati, adakah puasaku kali ni diterima...mudah2an.

Puasa.
Apa makna puasa bagi kita sebenarnya. Adakah sekadar tidak makan pada siang harinya..atau hanya sekadar menjamu selera dengan menu penuh satu meja...

Pada fikiran saya.
Ramadhan, penuh dengan keberkatan...bayangkan setiap perbuatan baik ( amal ibadat ) kita ganjaran pahalanya berlipat kali ganda berbanding pada bulan2 yg lain...fuhhh...mana nak dapat 'bonus' pahala sebegini ..melainkan pada bulan al-mubarakah ini sahaja..

Amma ba'd,
jom kita rebut peluang yang terbentang depan mata ni...selagi hayat dikandung badan...selagi jasad masih lg bernafas...tingkatkan lg ibadat dan amalan kita..rebut semua ganjaran pahala yang Allah kurniakan kepada kita..

wallahua'lam.



Jumaat, 21 Ogos 2009

AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN

Esok, 1 Ramadhan 1430H bersamaan 22 Ogos 2009..SELAMAT BERPUASA untuk semua anak2 didik saya dan juga rakan2 warga pendidik...terutama yang berada di SMK Tasek Utara, JB.

Dan, esok juga bermula cuti sekolah....pertengahan penggal II bagi tahun 2009 ni...SELAMAT BERCUTI untuk semua.

Malam ni, sama-sama kita melaksanakan solat sunat Terawih...yang kita tak kan jumpe kecuali setahun sekali sahaja..itu pun kalau dipanjangkan umur, baru dapat jupe tahun depan lak. Yang saya nak nukilkan, kelebihan dan fadhilat solat terawih

Malam pertama :
Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah Taala...

Malam ke-2 :
Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya ( sekiranya mereka orang beriman)

Malam ke-3 :
Berseru malaikat di bawah A'rasy supaya meneruskan sembahyang terawih terus-menerus, semoga Allah mengampunkan dosa

Malam ke-4 :
memperolehi pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan al-Quran

Malam ke-5 :
Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang yang bersembahyang di Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa

....ok untuk hari ni, saya catatkan dulu malam 1 hingga malam ke-5. Ada kelapangan nanti saya akan sambung lagi. Wallahu a'lam.

Khamis, 13 Ogos 2009

CATATAN HARI INI

Hari ni, 13 Ogos 2009, alhamdulillah ada kesempatan untuk membuat sedikit pengisian pada blog ni. Kalu ada kesempatan nak banyakkan lagi info dalam blog ni.. terutama kepada anak didik KKQ di SMK Tasek Utara, JB.

Ahad, 9 Ogos 2009

SALAM MUHIBBAH

Nama sebenar saya FADZILAH BT SAWANI @ SAULI, dilahirkan di Tanah Merah, Kelantan 33 tahun yang lalu. Pernah bersekolah di SK Kutan, SMU(A) Maahad Muhammadi Pasir Pekan dan Maahad Muhammadi Lil Banat Kota Bharu. Selepas itu menyambung pelajaran di UKM Bangi, dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda (kepujian) Pengajian Islam pada tahun 1999. Dua tahun kemudian berjaya menamatkan Diploma Pendidikan di MPI Bangi dalam bidang Pengajian Qiraat dan Taranum. Pada tahun 2003, dengan sah menjadi PENDIDIK di SMK Taman Megah Ria, JB. Enam bulan kemudian berpindah ke SMK Tasek Utara, JB dan menabur bakti disitu hingga kini..