Subscribe:

Pages

Jumaat, 21 Ogos 2009

AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN

Esok, 1 Ramadhan 1430H bersamaan 22 Ogos 2009..SELAMAT BERPUASA untuk semua anak2 didik saya dan juga rakan2 warga pendidik...terutama yang berada di SMK Tasek Utara, JB.

Dan, esok juga bermula cuti sekolah....pertengahan penggal II bagi tahun 2009 ni...SELAMAT BERCUTI untuk semua.

Malam ni, sama-sama kita melaksanakan solat sunat Terawih...yang kita tak kan jumpe kecuali setahun sekali sahaja..itu pun kalau dipanjangkan umur, baru dapat jupe tahun depan lak. Yang saya nak nukilkan, kelebihan dan fadhilat solat terawih

Malam pertama :
Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah Taala...

Malam ke-2 :
Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya ( sekiranya mereka orang beriman)

Malam ke-3 :
Berseru malaikat di bawah A'rasy supaya meneruskan sembahyang terawih terus-menerus, semoga Allah mengampunkan dosa

Malam ke-4 :
memperolehi pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan al-Quran

Malam ke-5 :
Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang yang bersembahyang di Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa

....ok untuk hari ni, saya catatkan dulu malam 1 hingga malam ke-5. Ada kelapangan nanti saya akan sambung lagi. Wallahu a'lam.