Subscribe:

Pages

Jumaat, 21 Ogos 2009

AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN

Esok, 1 Ramadhan 1430H bersamaan 22 Ogos 2009..SELAMAT BERPUASA untuk semua anak2 didik saya dan juga rakan2 warga pendidik...terutama yang berada di SMK Tasek Utara, JB.

Dan, esok juga bermula cuti sekolah....pertengahan penggal II bagi tahun 2009 ni...SELAMAT BERCUTI untuk semua.

Malam ni, sama-sama kita melaksanakan solat sunat Terawih...yang kita tak kan jumpe kecuali setahun sekali sahaja..itu pun kalau dipanjangkan umur, baru dapat jupe tahun depan lak. Yang saya nak nukilkan, kelebihan dan fadhilat solat terawih

Malam pertama :
Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah Taala...

Malam ke-2 :
Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya ( sekiranya mereka orang beriman)

Malam ke-3 :
Berseru malaikat di bawah A'rasy supaya meneruskan sembahyang terawih terus-menerus, semoga Allah mengampunkan dosa

Malam ke-4 :
memperolehi pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan al-Quran

Malam ke-5 :
Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang yang bersembahyang di Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa

....ok untuk hari ni, saya catatkan dulu malam 1 hingga malam ke-5. Ada kelapangan nanti saya akan sambung lagi. Wallahu a'lam.

Khamis, 13 Ogos 2009

CATATAN HARI INI

Hari ni, 13 Ogos 2009, alhamdulillah ada kesempatan untuk membuat sedikit pengisian pada blog ni. Kalu ada kesempatan nak banyakkan lagi info dalam blog ni.. terutama kepada anak didik KKQ di SMK Tasek Utara, JB.

Ahad, 9 Ogos 2009

SALAM MUHIBBAH

Nama sebenar saya FADZILAH BT SAWANI @ SAULI, dilahirkan di Tanah Merah, Kelantan 33 tahun yang lalu. Pernah bersekolah di SK Kutan, SMU(A) Maahad Muhammadi Pasir Pekan dan Maahad Muhammadi Lil Banat Kota Bharu. Selepas itu menyambung pelajaran di UKM Bangi, dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda (kepujian) Pengajian Islam pada tahun 1999. Dua tahun kemudian berjaya menamatkan Diploma Pendidikan di MPI Bangi dalam bidang Pengajian Qiraat dan Taranum. Pada tahun 2003, dengan sah menjadi PENDIDIK di SMK Taman Megah Ria, JB. Enam bulan kemudian berpindah ke SMK Tasek Utara, JB dan menabur bakti disitu hingga kini..