Subscribe:

Pages

Jumaat, 30 Julai 2010

Kaedah Mendapatkan Khusyuk

al-hamdulillah...hari ini ada kesempatan utk saya membaca antara buku kegemaran saya "FORMULA SOLAT SEMPURNA"...teruja saya untukberkongsi dengan sesiapa yang singgah di blog saya ni..tentang beberapa perkara mengenai KHUSYUK dalam solat.

menjadi kefardhuan kepada semua umat Islam mukallaf untuk menunaikan solat LIMA waktu sehari semalam..dalam menunaikan tuntutan fardhu ain ini adakah kita yakin setiap kalinya kita KHUSYUK ketika menunaikan solat? ....

dikesempatan ini saya nak kongsikan LIMA perkara untuk mencapai khusyuk dalam solat :

1. al-tafahum
( memahamkan semua bacaan di dalam solat dan menghayati maknanya )

2. al-takzim
( merasakan kebesaran Allah seolah-olah anda berada di hadapan-Nya )

3. al-haybah
( menghadirkan rasa gerun terhadap kekuasaan Allah, dengan demikian rasa hebat terhadap Allah akan dapat dihasilkan )

4. al-rajak
( mengharapkan rahmat Allah dengan sepenuh harapan bahawa ibadat akan diterima )

5. al-haya'
( berasa malu kpd Allah kerana kecuaian dalam mengotakan janji kita terhadap-Nya dan kekurangan kita dalam melakukan ibadat terhadap-Nya )


sumber : Formula solat sempurna, Ust Zaharudin Abd Rahman